BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 7, 2009

Untuk Peringtan Sesama Kita


Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya.... Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya. ... Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya.... Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan , Kita mungkin akan menyalahkannya.... Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna…

Tika aku minta bantuan, Tuhan beriku peluang kerana melaluinya aku mula mencuba. Tika aku
minta kejayaan, aku diberi kegagalan.Kerana melaluinya aku membaiki kesilapan.Tika aku minta kekuatan, Tuhan berikan kesukaran.Kerana melaluinya , aku membina kekentalan diri dan tika ku minta ketabahan, Tuhan beriku rintangan, kerana melaluinya aku teruji. Betapa berharga segala yang ku alami, kerana Tuhan tak memberi apa yang ku minta tapi aku menerima segala yang ku perlukan. Itulah bahasa Yang Maha Esa...

0 comments: